AGP Picks
View all

EBC Melancarkan CFD Pra-IPO Anthropic di MT5 Menjelang Penyenaraian Nasdaq yang Dijangkakan

News originally published by

GlobeNewswire

ANT menawarkan dagangan pra-penyenaraian 24/7, kedudukan beli dan jual serta peralihan automatik kepada CFD saham, dengan pengecualian komisen dan caj pembiayaan semalaman bagi tempoh promosi terhad

LONDON, Nov. 19, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- EBC Financial Group (EBC) telah melancarkan kontrak untuk perbezaan (CFD) Pra-IPO Anthropic di MetaTrader 5 (MT5), sekali gus memperluas rangkaian CFD-nya menjelang penyenaraian syarikat AI tersebut yang dijangkakan di Nasdaq. Didagangkan di bawah simbol ANT, instrumen tersebut membolehkan pelanggan yang layak di EBC Financial Group (SVG) LLC mengambil kedudukan beli atau jual sebelum saham Anthropic mula didagangkan secara awam.

“Ramai pedagang mempunyai pandangan yang jelas tentang nilai Anthropic, namun bukan semua pedagang berpeluang mengambil bahagian dalam IPO,” kata Andria Phiniefs, Pengarah Pemasaran, EBC Financial Group. “ANT menawarkan alternatif kepada pelanggan yang layak untuk mendapatkan pendedahan kepada pergerakan harga yang berkaitan dengan Anthropic menjelang jangkaan penyenaraian awamnya, tanpa perlu menyertai IPO secara langsung atau memperoleh peruntukan saham.”

Penambahan ini turut memperluas pilihan instrumen dagangan EBC dengan satu lagi CFD berkaitan teknologi, melengkapi rangkaian CFD sedia ada yang merangkumi mata wang, indeks, komoditi, saham dan dana dagangan bursa (ETF). Sebelum Anthropic disenaraikan, ANT tersedia untuk didagangkan 24 jam sehari, tujuh hari seminggu melalui MT5, yang membolehkan pelanggan melihat sebut harga serta mengurus pesanan dan kedudukan dagangan mereka.

Menurut prospektus pindaan Anthropic yang difailkan kepada U.S. Securities and Exchange Commission (SEC) pada 10 November 2026, saham Kelas A syarikat itu dijangka ditawarkan pada harga antara AS$70 hingga AS$78 sesaham. Penetapan harga akhir IPO dijangka dimuktamadkan pada 18 November waktu Amerika Syarikat, sebelum saham itu memulakan dagangan di Nasdaq pada 19 November di bawah kod ticker ANT. Walau bagaimanapun, jadual ini masih tertakluk kepada pelaksanaan tawaran seperti yang dirancang.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir pada 30 September 2026, hasil Anthropic mencecah AS$33.24 bilion, meningkat 1,206% berbanding tempoh yang sama pada 2025. Sepanjang 12 bulan hingga 30 September, lebih 11,900 pelanggan masing-masing menyumbang sekurang-kurangnya AS$100,000 kepada pendapatan Anthropic. Angka-angka perniagaan ini tidak menggambarkan harga saham Anthropic atau CFD berkaitan yang akan didagangkan di pasaran.

CFD EBC, bukan langganan IPO

ANT membolehkan pelanggan memperoleh pendedahan kepada perubahan harga CFD yang disebut harga tanpa memberikan pemilikan saham Anthropic kepada mereka. Pemilikan kontrak ini tidak melayakkan pelanggan menerima peruntukan IPO, hak mengundi, kelayakan dividen atau penyerahan fizikal saham. Instrumen ini juga tidak diterbitkan atau disokong oleh Anthropic dan pelanggan tidak perlu menyertai IPO atau melabur melalui dana persendirian.

“Apabila pelanggan menilai pelbagai cara untuk mengikuti sesuatu penyenaraian utama, ketersediaan akses hanyalah salah satu pertimbangan. Mereka turut menilai platform, syarat dagangan dan broker di sebalik kontrak tersebut,” kata Phiniefs. “Penambahan ANT ke MT5 memberi pelanggan yang layak akses kepada satu lagi CFD dalam penawaran EBC, yang disokong oleh infrastruktur dan perkhidmatan dagangan yang telah kami bangunkan merentasi pelbagai produk kami.”

Terma dagangan ANT dan tawaran promosi

Pesanan bermula daripada satu unit dan boleh ditingkatkan pada kenaikan satu unit, dengan had maksimum 50 unit bagi setiap pesanan. EBC mengehadkan jumlah keseluruhan kedudukan dalam mana-mana arah kepada 1,000 unit, termasuk pesanan tertunda. Kuantiti ini merujuk kepada jumlah dagangan CFD dan bukan jumlah saham Anthropic yang dimiliki.

Setakat 31 Disember 2026, promosi EBC menawarkan pengecualian komisen serta caj pembiayaan semalaman untuk CFD Pra-IPO ANT. CFD saham A.S. dan ETF yang layak turut disertakan dalam tawaran ini. Spread yang berkenaan, kos lain dan syarat selepas penukaran akan ditadbir oleh terma produk berkaitan serta spesifikasi kontrak MT5.

Daripada dagangan pra-IPO kepada CFD saham

Selepas Anthropic disenaraikan secara rasmi, kedudukan CFD Pra-IPO ANT akan ditukar secara automatik kepada kedudukan CFD saham yang sepadan oleh EBC Financial Group, tertakluk kepada spesifikasi kontrak dan aturan penukaran yang berkenaan. Pelanggan tidak perlu membuat pesanan baharu sebagai ganti. Simbol dagangan ANT akan dikekalkan, manakala waktu dagangan akan diselaraskan mengikut sesi dagangan Nasdaq.

Harga tawaran IPO yang bersifat indikatif tidak menentukan harga sebutan CFD pra-IPO. Harga tawaran akhir, harga pembukaan saham dan sebut harga CFD mungkin berbeza antara satu sama lain, manakala perubahan kecairan pasaran sekitar tempoh penyenaraian boleh menjejaskan kedudukan terbuka. Penukaran automatik tidak menetapkan nilai sesuatu kedudukan dan tidak menghapuskan risiko dagangan berleveraj.

“Penukaran automatik direka untuk mengekalkan kedudukan ANT sedia ada tanpa memerlukan pesanan baharu. Namun, ia tidak menjamin nilai kedudukan tersebut apabila dagangan awam bermula,” tambah Phiniefs. “Pelanggan perlu membezakan harga tawaran IPO daripada sebut harga CFD serta memahami bahawa waktu dagangan dan keadaan pasaran akan berubah selepas penyenaraian.”

Persekitaran dagangan EBC yang menyokong penawaran CFD-nya

Dalam operasi pertukaran mata wang dan dagangan CFD yang lebih luas, EBC mempunyai akses kepada lebih 50 penyedia kecairan, termasuk bank dan institusi bukan bank, serta menggunakan Smart Order Routing Engine miliknya untuk memproses pesanan berdasarkan sebut harga yang tersedia. Infrastruktur ini menyokong keseluruhan penawaran broker EBC, manakala harga dan syarat kontrak yang terpakai kepada ANT hendaklah disemak secara berasingan di MT5.

Data prestasi keseluruhan EBC yang diterbitkan menunjukkan bahawa lebih 87.6% pesanan pelanggan dilaksanakan pada harga yang lebih baik daripada harga yang dimohon, dengan purata masa pelaksanaan kurang daripada 20 milisaat. Sistem ini juga mampu memproses lebih 1,000 pesanan sesaat, di samping mengekalkan kestabilan penghantaran data pada kadar 98.75%. Statistik ini menggambarkan persekitaran dagangan EBC secara keseluruhan dan bukannya keputusan khusus ANT atau jaminan terhadap hasil pelaksanaan dagangan.

Pelanggan boleh berdagang pelbagai instrumen CFD EBC melalui platform MetaTrader 4 (MT4) dan MT5, bergantung pada jenis instrumen dan akaun masing-masing. Bagi ANT, MT5 menyediakan carta, penunjuk teknikal dan alat pengurusan pesanan, selain akses kepada spesifikasi kontrak. Trading Academy dan Soalan Lazim CFD Pra-IPO EBC turut menyediakan maklumat lanjut mengenai CFD, leveraj dan risiko dagangan.

Pengiktirafan merentas perkhidmatan dagangan EBC

EBC telah menerima anugerah Most Trusted FX Broker dan Best CFD Broker di peringkat global pada World Finance Forex Awards 2026, sekali gus melanjutkan rekod pengiktirafannya oleh World Finance kepada empat tahun berturut-turut. Dalam Global Forex Awards 2026 – Retail, Kumpulan itu turut dinamakan sebagai Best CFD Provider – Global.

Pengiktirafan serantau pada tahun 2026 termasuk Best Broker APAC di UF AWARDS APAC dan Best Broker for Forex Trading di Premios Rankia Chile. Sebelum itu, pengiktirafan daripada World Finance merangkumi Best FX Trading Platform dan Best Trading Execution pada tahun 2023; Most Trusted FX Broker dan Best CFD Broker pada tahun 2024; serta Most Trusted Broker dan Best Trading Platform pada tahun 2025. EBC juga dinobatkan sebagai Best CFD Provider di Online Money Awards 2025.

Kesemua anugerah ini mengiktiraf pelbagai aspek penawaran perkhidmatan broker EBC, daripada platform dagangan dan pelaksanaan pesanan hinggalah kepada perkhidmatan CFD-nya. Pengiktirafan tersebut membentuk sebahagian daripada penawaran dagangan EBC yang lebih menyeluruh, di samping ciri-ciri dan syarat kontrak bagi instrumen individu seperti ANT.

Pelanggan yang layak boleh mendapatkan maklumat produk dan Soalan Lazim CFD Pra-IPO di https://www.ebc.com/trading-product/anthropic-ipo/. Ketersediaan dagangan semasa, spread, saiz pesanan dan syarat kontrak lain hendaklah disemak di MT5 sebelum membuat sebarang dagangan.

Maklumat penting

CFD Pra-IPO ANT ditawarkan oleh EBC Financial Group (SVG) LLC. Instrumen ini tidak memberikan pemilikan saham Anthropic, hak mengundi atau sebarang hak untuk mengambil bahagian dalam IPO. EBC tidak mempunyai sebarang hubungan rasmi dengan Anthropic dan produk ini tidak diterbitkan, ditaja atau disokong oleh Anthropic. Penyenaraian tersebut mungkin ditangguhkan atau mungkin tidak berlaku sama sekali. Harga sebelum penyenaraian boleh mengalami turun naik yang ketara, membentuk jurang harga (gap) dan mungkin jauh berbeza daripada harga IPO yang akhirnya ditetapkan. Ketersediaan produk bergantung pada bidang kuasa dan entiti pelanggan.

Amaran risiko: Dagangan Kontrak untuk Perbezaan (CFD) ialah instrumen kewangan yang kompleks dan melibatkan risiko tinggi kehilangan wang dengan cepat akibat penggunaan leveraj. Dagangan secara margin melibatkan risiko yang tinggi dan mungkin tidak sesuai untuk semua pelabur. Sebelum membuat keputusan untuk berdagang, pertimbangkan objektif dagangan, tahap pengalaman dan toleransi risiko anda. Anda mungkin menanggung kerugian sebahagian atau keseluruhan modal dagangan awal anda. Dapatkan nasihat bebas dan pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Siaran ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan bukan merupakan nasihat pelaburan.

Perihal EBC Financial Group

Ditubuhkan di London dan dianugerahkan gelaran "Best Global Broker" oleh World Finance selama empat tahun berturut-turut, EBC Financial Group mengendalikan entiti yang dikawal selia oleh FCA, ASIC, CIMA dan FSCA serta menyediakan perkhidmatan kepada lebih 8 juta pengguna berdaftar di lebih 100 negara dan wilayah. Sebagai Rakan Rasmi FC Barcelona, EBC turut memperjuangkan pendidikan kewangan melalui kerjasama dengan Jabatan Ekonomi di Universiti Oxford, program United to Beat Malaria di bawah UN Foundation serta pelbagai badan kebajikan kanak-kanak di seluruh dunia menerusi badan amalnya, EBC Group Foundation.

Hubungan Media:
Faiz Alavi Sulaiman
Eksekutif Kanan, Perhubungan Awam Global
faiz.sulaiman@ebc.com

Aldric Tinker Toyad
Ketua Perhubungan Awam & Komunikasi Global
aldric.tinker@ebc.com


Primary Logo

Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share this page:

Advanced Search Options

Search for:

Search scope:

Type:

Search in:

Date range:

The last

Sort by:

Sign up for:

Cambodia Business Press

The daily local news briefing you can trust. Every day. Subscribe now.

By signing up, you agree to our Terms & Conditions.